Monday, 24 November 2014

MAKLUMAN PERSIAPAN PERSEKOLAHAN 2015



TARIKH : 17 November 2014

Kepada ;
Ibubapa/Penjaga
Murid Sekolah Agama Nusantara

Tuan/Puan

MAKLUMAN HARI PENGESAHAN DARJAH 1, PEMBELIAN KITAB & BUKU TULIS DAN PEMBAYARAN YURAN PERSEKOLAHAN 2015

Dengan segala hormatnya, perkara diatas adalah dirujuk.

2. Berikut merupakan ketetapan tarikh sebagai persiapan sesi persekolahan 2015 ;

BIL
PERKARA
TARIKH / MASA
SASARAN
1.
Pengesahan, Taklimat dan Pembelian Kitab Darjah Satu (1) 2015
25 Disember 2014 (Khamis)
8.00 am – 12.00 pm
Ibubapa/Penjaga murid Darjah 1 tahun 2015 Sahaja.
2.
Penjualan Kitab, Buku Tulis & Koperasi Sekolah
28 Dis 2014 – 01 Jan 2015
8.00 am – 12.00 pm
Ibubapa/Penjaga Murid Darjah 2, 3, 4, 5 dan 6
3.
Sesi Persekolahan 2015
04 Januari 2015 (Ahad)
Semua Murid
4.
Bayaran Yuran Persekolahan 2015
16 & 17 Januari 2015
(Jumaat & Sabtu)
Ibubapa/Penjaga Murid Semua Darjah

*SEBARANG URUSAN YANG TIDAK BERKAITAN TIDAK DILAYAN
**SEMUA URUSAN DI DEWAN LESTARI SK NUSANTARA

“BERKHIDMAT UNTUK AGAMA & NEGARA”

GURU BESAR
SEKOLAH AGAMA NUSANTARA

Thursday, 20 November 2014

TATACARA PEMAKAIAN MURID SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR


Pada 20 November 2014 (Khamis) Pihak Sekolah telah menerima Pekeliling Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Johor 2014 ; Tatacara Pemakaian Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor. Justeru beberapa ketetapan pakaian murid seperti sebelum ini perlu ditukar seperti pakaian Pengawas dan Ketua Darjah & Penolong Ketua Darjah selaras satu Negeri.

Perlantikan Pengawas dan Ketua Kelas telah di buat pada 19 November 2014 bagi mengelakkan masalah yang timbul pada awal tahun lepas dengan menyerahkan surat perlantikan yang terkandung tatacara pemakaian yang baharu.

Berikut adalah peraturan pakaian murid Sekolah Agama Kerajaan Johor yang perlu di patuhi berkuatkuasa persekolahan 2015 ;







Friday, 24 October 2014

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014

Berikut adalah Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2014 seperti ketetapan Lembaga Peperiksaan SAKJ :

TAHAP 1 (Darjah 1,2 & 3)






PERINGATAN :

* Murid Tahap 1 diminta membawa Pensil Warna
** Sila ikuti tarikh dan masa mengikut Darjah & Mata Pelajaran yang telah ditetapkan
*** Cuti diberikan pada tarikh yang tidak mempunyai peperiksaan.


TAHAP 2 (Darjah 4 & 5)



PERINGATAN :

* Sila ikuti tarikh dan masa mengikut Darjah & Mata Pelajaran yang telah ditetapkan
** Cuti diberikan pada tarikh yang tidak mempunyai peperiksaan.
*** Murid Darjah 6 diminta rujuk Guru Kelas masing-masing untuk ketahui Jadual Kelas Tambahan.

Setiausaha
Seksyen Peperiksaan, Unit Akademik
Sekolah Agama Nusantara

Sumber : Seksyen Peperiksaan PPADJB

SALAM MAAL HIJRAH 1436

Salam Maal Hijrah & Selamat Tahun Baru1436 Hijriah


Pihak Sekolah Agama Nusantara mengucapkan selamat tahun baru hijrah, semoga segala amal soleh kita pada tahun lepas diberkati dan pada tahun baru ini marilah kita sama-sama berhijrah meningkatkan kualiti pegagangan Akidah berteraskan ahli sunnah wa al-Jamaah, berpaksikan Ibadah (Fiqh) bermazhab Imam As-Syafie dan Akhlak Islamiah bersumberkan al-Quran wa As-Sunnah.


"Perpaduan Nadi Transformasi Ummah"

Wednesday, 22 October 2014

ORGANISASI SEKOLAH

Pentadbir Sekolah



UNIT PENTADBIRAN

USTAZ HJ. LIZAM BIN HASHIM

Guru Besar | DGA 32
B.A. Science Educatation (Peng. Islam), UTM




UNIT AKADEMIK

USTAZAH HJH. HAFIZAH BT. ABU BAKAR

GPK Akademik | DB 17
Diploma Science Education (Peng. Islam), UTM





UNIT HAL EHWAL MURID

USTAZAH HAMIZAH BT. RAMLI

GPK Hem | DGA 29
Diploma Perguruan Malaysia, IPGKPMM



UNIT KOKURIKULUM

USTAZ NOR HALIM BIN MOHD NOR

GPK Koku | DGA 29
Diploma Perguruan Malaysia, IPGKTI





Guru-Guru Penolong



GURU PENOLONG

USTAZAH SITI ROHAYA BT. BUGAL

Guru Agama Kafa
Diploma Science Education (Peng. Islam), UTM





GURU PENOLONG

USTAZAH RUBIAH BT. SUPAR

Guru Agama Kafa




GURU PENOLONG

USTAZAH NOR ZITA BT. OMAR

Guru Agama Kafa






GURU PENOLONG

USTAZAH NUR HATIMAH BT. ABD. MANAF

Guru Agama Kafa



GURU PENOLONG

USTAZAH ZARINA BT. ABD. RAHMAN

Guru Agama Kafa
Diploma Pendidikan Islam, KUIS




GURU PENOLONG

USTAZ MOHAMAD RAFIQ BIN ABD. RAHMAN

Guru Badan Kebajikan
Diploma Pendidikan Islam, MARSAH

VISI MISI SEKOLAH

LATARBELAKANG SEKOLAH

Sekolah Agama Nusantara diambil sempena nama Taman Nusantara, Gelang Patah, Johor Bahru, Johor. Telah di tubuhkan dan beroperasi pada awal Januari 2008 dengan menumpang bangunan Sekolah Kebangsaan Nusantara di alamat Jalan Ulu Choh, 81550 Gelang Patah, Johor.

Hasil perbincangan Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor berhasil dengan tertubuhnya Sekolah Agama gred C berstatus menumpang bangunan Sekolah Kebangsaan dalam kawasan Taman Nusantara bagi memenuhi permintaan masyarakat sekitar dan menampung jumlah murid yang kian bertambah.

Kini Sekolah Agama Nusantara di tadbir oleh Ustaz Hj. Lizam bin Hashim (Gambar Kiri) selaku Guru Besar dan Pengasas kepada penubuhan Sekolah Agama Nusantara, Gelang Patah sejak tahun 2008 hingga kini. Dengan seramai 10 orang Guru dan jumlah murid yang meningkat setiap tahun kini hampir 700 orang murid dari darjah 1 hingga 6 dan masih menumpang bangunan Sekolah Kebangsaan Nusantara.

Usaha mendapatkan bagunan sekolah persendirian kian giat dijalankan oleh pihak Badan Kebajikan Sekolah, Majlis Guru dan para ibubapa untuk menjamin keselesaan suasana pembelajaran hampir 700 orang murid.

Tapak bangunan sekolah berhampiran Bangunan Sekolah Kebangsaan menjadi tanda tanya bila mula dibangunkan. Pelbagai inisiatif telah diambil pihak berkaitan dan pihak sekolah sendiri bersama AJK Badan Kebajikan Sekolah Agama Nusantara  berusaha memastikan bangunan tersebut segera dibina bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat setiap tahun.

Keratan Akhbar Harian Metro bertarikh 23 Februari 2014.






SELAMAT DATANG

Selamat Datang ke Laman Blogspot Sekolah Agama Nusantara
Semoga dengan pembukaan laman ini dapat memberi manfaat dan sedikit sebanyak maklumat kepada guru-guru, ibubapa, pelajar dan orang awam.